Hari tok Cik Nurol nak berkongsi sedikit ilmu... Sebagai seorang manusia, kita sik lari dari perasaan marah nak... Meow2 pun pandei marah bahhh... Kita berhak nak marah... Marah untuk menegur, marah x puas ati, atau marah suka2... --> Adaka orang suka2 marah... Ada masalah orang ya kohhh... hehe...
Boleh kita marah... Tapi kan lebih baik mun kita sebolehnya menahan dirik daripada marahhh... ^_^v...
Tok antara hadith2 yang Cik Nurol temu time membaca tek... Jum berkongsi ilmuu...
*****
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa seseorang telah berkata kepada Nabi SAW, “Nasihatilah aku”, Lalu Nabi SAW bersabda, “Jangan marah”, maka berulang-ulang orang itu meminta dinasihati, jawab Nabi “Jangan marah.”
*****
Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”
*****
Daripada Sulaiman bin Surad RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda : Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
*****
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.”
*****
Saja Cik Nurol kongsikan hadith2 tok... Sebagai peringatan ngan dirik sendirik...
Jangan marah-marah... Lak x kiut gik muka ya... Gus senyum jak mun x... Gus diam... <-- Marah la nya ya mun diammmm... Errrmmmm... hehehe--> Kata ompun nyehhh...
Ok yajak...
Salam sayang...
aszluveym...
No comments:
Post a Comment
Komen jak boh supan ^_^