Saturday, 17 March 2012

7 Petunjuk Kebahagiaan Dunia.

Pasangan Yang Soleh Bekal Perkahwinan Harmoni.

"Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda bagi kaum berfikir." (Surah ar-Rum, ayat 21)


Perkahwinan adalah satu ikatan suci dua insan bergelar suami isteri. Pasangan suami isteri berkemungkinan berasal daripada latart belakang keluarga yang berbeza suasana persekitaran, pendidikan serta pendekatan ketika masih kecil hingga dewasa. Selepas tiba masanya, mereka mengikat janji setia mendirikan mahligai kehidupan, bersetuju untuk diakad nikah dan mengharapkan mahligai kasih serta keluarga dibina sentiasa sejahtera dunia akhirat.

Namun, dalam melayari kehidupan berkeluarga, kesejahteraan diharapkan tidaklah semudah yang diidamkan. Perhubungan yang sepatutnya intim mungkin kadang-kala menjadi dingin, hambar atau tegang. Hal sedemikian boleh berlaku. Justeru, suami isteri juga insan biasa yang pasti melakukan kesilapan dalam melayari bahtera kehidupan berkeluarga. Ia perlu ditangani dengan baik kedua-dua pihak, dengan sifat murni seperti keterbukaan dan berlapang dada.


Suami isteri perlu sedar hakikat kehidupan berkeluarga sebenar dan berusaha mencari ilmu serta menimba pengalaman seni hidup berumah tangga lantaran masing-masing mempunyai harapan, keperluan dan kehendak bersendirian. Ini mencetuskan perbezaan pandangan dan haluan yang hakikatnya anugerah semulajadi pemberian Ilahi kepada setiap pasangan.


Perbezaan juga boleh lengkap-melengkapi, sokong-menyokong dan bantu- membantu dalam pembentukan mahligai kasih diinginkan. Justeru, setiap pasangan berkewajipan berusaha menimba ilmu melalui pembacaan, menghadiri kursus mahupun perbincangan dengan kaunselor kekeluargaan. Ia penting demi keharmonian seluruh ahli keluarga.

Allah berfirman bermaksud:

"Dan orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami, isteri dan keturunan sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa." (Surah al-Furqan, ayat 74)


Bersambung...

Salam Sayang,

EymLuvAsz.


*This not mine credit to owner

No comments:

Post a Comment

Komen jak boh supan ^_^